Sunday, May 3, 2015

AZRAAI ROMBAK KEM KELANTAN

COACH AZRAAI ROMBAK TEAM KELANTAN



EMPAT kekalahan dan satu kemenangan dicapai Azraai Khor Abdullah selepas memegang jawatan Ketua Jurulatih Kelantan, 25 Mac lalu sesuatu rekod yang agak mengecewakan jika dilihat barisan pemain yang dimiliki.
Tewas kepada Terengganu (1-2), Pahang (0-2), Johor Darul Ta’zim (1-3), menang 2-1 ke atas Selangor dan terbaharu kecundang di tangan Sarawak (2-3) meletakkan juara treble 2012 itu kini berada di tangga ke-10 kempen Liga Super.
Pelbagai persoalan kini berlegar di kalangan peminat melihat aksi tidak konsisten barisan pemain The Red Warriors (TRW) walaupun sebelum ini masalah ketumpulan jentera penyudah diatasi dengan kemasukan Austin Amutu dan Gilmar dos Santos Filho serta Erwin Carillo.
Lantas tanpa berselindung, Azraai Khor  membayangkan satu rombakan besar-besaran akan dilakukan terhadap pasukannya susulan kekalahan 2-3 di Stadium Negeri, Kuching, malam kelmarin.
“Kita akan buat rombakan terhadap posisi tertentu. Mana-mana pemain yang tak boleh beri komitmen, tiada tempat dalam pasukan ini. Kita sudah beri banyak peluang dalam beberapa perlawanan lalu, tapi tak banyak perubahan.
“Sampai masanya saya setuju dengan komen Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa,  dimana pemain yang tiada karakter untuk membantu pasukan perlu direhatkan. Satu pasukan kecewa dengan kekalahan malam tadi,” katanya.
Amaran keras itu hadir tepat pada masanya memandangkan pasukan kendaliannya bakal berdepan satu lagi cabaran besar bertemu penyandang juara Piala FA, Pahang pada separuh akhir pertama di Kuantan, Sabtu ini.
www.sinarharian.com.my
kelate.net

BACK HOME

No comments:

Post a Comment